Semakan & Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) PEMULIH 2021

Semakan & Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) PEMULIH 2021

[TERKINI] Perdana Menteri pada 1 September lepas telah mengumumkan tarikh dan jumlah bayaran bagi Bantuan Khas Covid-19 fasa 1 yang tertangguh sejak Ogos lepas.

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) merupakan salah satu daripada bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun yang lalu di bawah Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

BKC juga merupakan antara tiga bantuan tunai langsung yang diumumkan oleh Perdana Menteri selain daripada Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Kehilangan Pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup pada hari-hari yang mendatang.

​Bantuan ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak 4.6 bilion ringgit.

Apa itu Bantuan Khas Covid-19 (BKC)?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. 

Syarat dan Kelayakan BKC

Mereka yang layak menerima BKC adalah dalam kalangan tiga kategori iaitu;

  1. Miskin tegar, 
  2. Golongan B40 dan 
  3. Golongan pertengahan M40 yang 

Kelayakan ini akan diberikan berdasarkan 3 klasifikasi utama iaitu;

  1. Isi rumah
  2. Warga Emas sebatang kara (WE)
  3. Individu bujang

* Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM).

Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Untuk bantuan ini, tidak ada permohonan yang perlu dikemukakan oleh penerima. Ini kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data-data kerajaan yang sedia ada di bawah agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Semak silang bagi penerima akan dibuat melalui data berikut;

BilKategori PenerimaData Bantuan
1.Miskin TegarPermohonan BPR 2021 yang didaftar secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan eKasih.
2.B40Permohonan BPR 2021
3.M40Percukaian (LHDNM)

BKC 2021 Semakan Status

Sebagai makluman, semakan status BKC dibuka mulai 6 September 2021 (Isnin) melalui laman portal khas BKC iaitu

https://bkc.hasil.gov.my/

Kriteria Semakan Kelayakan Bantuan Khas Covid-19

Kriteria semakan kelayakan BKC adalah seperti berikut:



Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima

Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri yang lepas, pemberian Bantuan Khas COVID-19 atau BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut: ​

Tarikh dan Jadual Pembayaran BKC Fasa 1, Fasa 2 & Fasa 3

Bayaran BKC fasa 1 akan mula disalurkan mulai 6 September ini dengan amaun bayaran berdasarkan jadual di bawah;

Kaedah Pembayaran

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut: 

Miskin Tegar – Melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 

B40 – Melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 

M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian 

Semakan Kelayakan Status Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Semakan status kelayakan BKC boleh dibuat di laman portal Bantuan Prihatin Rakyat https://bpr.hasil.gov.my/ kerana kelayakan BKC untuk B40 adalah berdasarkan data BPR.

Info dan Maklumat Lanjut;

Sebarang info dan maklumat terkini boleh merujuk laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan pengumuman semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Apa Itu Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. 

Berapa jumlah bayaran?

Jumlah bayaran keseluruhan adalah mengikut kategori berikut;

Miskin tegar isi rumah – RM1300
Miskin tegar warga emas sebatang kara – RM500
Miskin tegar bujang – RM500

B40 isi rumah – RM800
B40 warga emas sebatang kara – RM200
B40 bujang – RM200

M40 isi rumah – RM250
M40 warga emas sebatang kara – RM100
M40 bujang – RM100

Bilakah Tarikh Bayaran Akan Dibuat?

Pembayaran akan disalurkan mulai 6 September untuk fasa satu BKC

Adakah saya layak menerima bayaran ini?

Kelayakan penerima adalah melalui data kerajaan melalui data bantuan BPR 2021 dan rekod percukaian LHDNM 

Sumber : Web Treasury https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/pemulih-bkc

No comments