CARA MEMOHON RUMAH PANGSA MAMPU MILIK TOK JEMBAL, KUALA NERUS, TERENGGANU TAHUN 2021
PERMOHONAN RUMAH PANGSA MAMPU MILIK TOK JEMBAL, KUALA NERUS, TERENGGANU TAHUN 2021 (01/09/2021 - 31/10/2021)
(01/09/2021 - 31/10/2021)
Hari
Jam
Mempunyai 5 Blok Pangsapuri Mampu Milik 5 Tingkat (160 unit kediaman). Juga mempunyai kemudahan seperti Surau, Dewan Terbuka, Pejabat Pengurusan dan sebagainya. Berharga RM80,000.
Makluman!!
Bagi pengguna yang telah membuat permohonan sebelum ini, anda dikehendaki membuat pendaftaran akaun yang baharu. Data permohonan sedia ada anda akan dipaparkan untuk pengemaskinian.
Tempoh pengemaskinian bermula 1 September 2021 sehingga 31 Disember 2021
SYARAT KELAYAKAN
JENIS A
1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:
Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan
Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.
7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
JENIS B
1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
2. 21 tahun keatas
3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.
4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.
7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.
8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
CARA MEMOHON?
Pergi ke website ePerumahan dibawah:
https://eperumahan.terengganu.gov.my/
Dah daftar ke? Kalau belum, Daftar Disini : https://eperumahan.terengganu.gov.my/register
Jika dah mendaftar. sila kesini : https://eperumahan.terengganu.gov.my/login
HUBUNGI KAMI
Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan anda
Anda boleh menghubungi kami melalui telefon, emel atau datang terus ke pejabat kami.
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
(BAHAGIAN PERUMAHAN)
TINGKAT BAWAH NO.28,
PUSAT NIAGA PAYA KELADI,
20000 KUALA TERENGGANU.
+ 09-626 7999
+ 09-631 7999
perumahan@terengganu.gov.my
Post a Comment