COVID-19: Terengganu Umum Insentif BERKAT PKP 2.0 Dengan Kos 19 Juta

Kenyataan Media Menteri Besar Terengganu Darul Iman 


COVID-19: Terengganu Umum Insentif BERKAT PKP 2.0

Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa memahami denyut nadi rakyat yang terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dengan melancarkan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) 2021 dengan kos RM19 juta. 


Antara insentif yang diperkenalkan adalah seperti berikut : 


1. Insentif ‘bakul makanan’ kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kepada golongan asnaf yang dianggarkan keseluruhan seramai 81,000 penerima. 


2. Insentif  tunai berjumlah RM100 kepada golongan terjejas pekerjaan di sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 2.0. Contohnya tukang gunting, pekerja kedai cucian kereta dan seumpamanya yang dianggarkan melibatkan seramai 48,000 orang. 


3. Bantuan ‘top up’ internet sebanyak RM100 kepada semua pelajar daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2500. Jumlah penerima adalah berdasarkan penerima bantuan persekolahan. 


4. Membekalkan 1600 tablet untuk pelajar-pelajar miskin, yang akan disalurkan melalui anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu (GLC). 


5. Insentif  'kuliah online' kepada pendakwah yang terjejas dan tiada pendapatan tetap.


6. Insentif khas sebanyak RM300 seorang kepada penggiat pelancongan Negeri Terengganu, termasuk penarik beca, pemandu bot penambang, kakitangan agensi pelancongan dan pengembaraan (‘inbound’ sahaja), pemandu bot Tasik Kenyir, pemandu pelancong berdaftar, serta pemandu teksi ‘airport’. Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Negeri Terengganu turut menerima pengecualian Cukai Taksiran bagi tahun 2020. 


7. Membuka operasi 20 buah Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) yang akan memberi keutamaan kepada pelajar miskin dan bermasalah semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Walau bagaimanapun, rakyat yang tidak termasuk dalam golongan seperti disebutkan di atas namun amat memerlukan dan terjejas sepanjang tempoh PKP 2.0, boleh menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat ADUN / DUN masing-masing untuk memohon bantuan sesuai yang diperlukan. 


Semoga dengan insentif yang diperkenalkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang terlibat. 


‘Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera’


Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar

Menteri Besar Terengganu

4 Februari 2021

No comments