Suasana Pilu 3 beradik bersama ayahnya di upacara pengebumian ibu & adik bongsu mereka

TELOK PASU: Tangisan tiga beradik mengiringi suasana pilu pengebumian ibu dan adik bongsu mereka di Tanah Perkuburan Islam Binjai Kampung Teluk Pasu, di sini, 11.30 pagi 2 julai 2025


Situasi itu meruntun jiwa lebih 200 orang rakan, sanak saudara & pendududk kampung yang hadir ke majlis pengebumian Isnaini Mohd , 42, dan anak bongsunya, Muhammad Al Amin Khairul Syahmi yang berusia lima tahun, yang maut selepas lori dinaiki terbabit kemalangan berhampiran Plaza Tol Bukit Besi, di sini, semalam.


Selain tiga beradik itu iaitu Nur Umairah, 19, Uwais Al Qarni, 16 dan Abdul Qadir Al Jailani, 10, turut hadir bapa mereka, Khairul Syahmi Mat Hassan yang terselamat dalam kemalangan membabitkan lori yang dipandunya itu.


Khairul Syahmi yang masih dirawat akibat kecederaan hadir dengan menaiki ambulans kemudian dibawa semula ke hospital sebaik selesai pengebumian.




















Ipar kepada arwah Isnaini, Mohd Helmy Abu bakar, 42, berkata Khairul Syahmi memiliki kedai menjual dan membekal barangan berkaitan kerja pendawaian elektrik yang diusahakan bersama arwah isterinya di Gong Badak, di sini.

"Mereka sentiasa bersama termasuk ketika keluar melakukan urusan perniagaan.


"Ketika kejadian mereka (arwah dan suami) bersama anak bongsunya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Teluk Pasu, Manir, selepas menghantar dan mengambil barangan jualan di Kuantan, Pahang," katanya.


Dalam kejadian jam 4 petang semalam, dua beranak terbabit maut di lokasi kejadian, manakala suaminya yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Dungun sebelum dipindahkan ke hospital pakar, di sini.


Lensa kamera admin👇





































No comments