'Allah Lebih Menyayangimu Dik'. Luah Shah Rol. Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui lemas di Sungai Terengganu di sungai kampung Teluk Pasu, kuala Terengganu


Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui lemas di Sungai Terengganu di sungai kampung Teluk Pasu, kuala Terengganu jam 7.15 petang tadi.

#InfoBencanaTerengganu



Mangsa dikatakan berasal dari kampung kubang jela.

Menurut saksi ditempat kejadian, shah rol. Beliau telah sedaya upaya untuk menyelamat. Tapi Allah lebih menyayangi mangsa. 
Luah Shah rol.


Mayat Muhammad Izha Amzar Anuar ditemukan di kedalaman lima meter di dasar sungai pada pukul 7.15 malam, selepas mangsa dilaporkan lemas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, Muhammad Basri Kamarazaman berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan ke lokasi berkenaan bersama tujuh sahabatnya kira-kira jam 5 petang.

Menurut Muhammad Basri, jasad mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manir berjaya ditemui sebelum disahkan meninggal dunia.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.




Gambar : Nordin Othman 

 

No comments