Jambatan Manir (Jambatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah) Adalah Jambatan Terawal Melintasi Sungai Terengganu

Jambatan Manir (Jambatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah) Adalah Jambatan Terawal Melintasi Sungai Terengganu

Sejarah Jambatan Manir

Jambatan Manir atau nama sebenarnya Jambatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah merupakan jambatan yang menghubungkan Kampung Pulau Rusa (Kuala Terengganu Utara) dengan Kampung Manir (Kuala Terengganu Selatan). Jambatan yang mempunyai panjang sekitar 200m anggaran ini merupakan sebahagian daripada Laluan Persekutuan Malaysia 3 dan Rangkaian Lebuh Raya Asia 18 laluan AH 18. Selain itu, orang ramai juga dilarang memancing di atas jambatan tersebut.


Jambatan ini dibina pada tahun 60an. Ia telah siap dan dirasmikan oleh Sultan Terengganu pada ketika itu, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1965. Sebelum pembinaan jambatan tersebut, kawasan tersebut dihubungkan dengan penggunaan pengangkutan feri yang beroperasi di Kampung Losong Feri yang berdekatan dengan Muzium Terengganu selain pengangkutan bot penambang.

Pada hari perasmian, ramai orang kampung berdiri ditepi Sungai Terengganu sekitar jambatan tersebut. Terdapat pelbagai acara sukan air yang diadakan antaranya acara lumba perahu dan acara mengejar itik. Ketika jambatan tersebut dirasmikan, ia merupakan jambatan ketiga terpanjang di Malaysia.


Jambatan ini agak sempit kerana hanya mempunyai 2 lorong berbanding Jambatan Sultan Mahmud yang mempunyai 4 lorong di samping tidak mempunyai lampu sehinggalah ia dipasang pada awal tahun 80an.


Reka bentuk kejuruteraan oleh : Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya, Pos dan Talikom Malaysia

Dibina oleh : Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya, Pos dan Talikom Malaysia

Dirasmikan : 28 Jun 1965

Dibuka : 28 Jun 1965

No comments