Kerja-Kerja Penyediaan Pipe Support, i-beam dan Clamp Sedang Giat dijalankan dijangka siap 3pagi esok

Kerja-kerja penyediaan Pipe Support, i-beam dan Clamp sedang giat dijalankan dijangka siap 3pagi esok & mengambil masa untuk proses pemasangan pula.


Progress Kerja-kerja penyediaan Pipe Support, i-beam dan Clamp sedang giat dijalankan. 

Penyediaan barang-barang pembaikian ini mengambil masa kerana ia perlu dibuat mengikut spesifikasi khas dan dipasang secara berhati-hati.

Berdasarkan anggaran masa yang dimaklumkan oleh pihak jurutera dan kontraktor, kerja-kerja menyiapkan barang-barang pembaikian ini akan dapat disiapkan menjelang jam 3pagi esok. 

Apabila siap pemasangan, bahan-bahan tersebut dihantar ke tapak paip rosak di Sungai Terengganu bagi tujuan pembaikian dan pemasangan di bawah sungai. 

Kesemua pihak terlibat sehingga hari ke tiga(3) ini telah berkerja hampir  24 jam bagi mempercepatkan proses pembaikian ini. Semoga usaha tanpa mengenal penat ini berjaya dan masalah bekalan air diatasi secepat mungkin.

Kami memohon kesabaran semua pihak dan mendoakan sahabat kita dilapangan dipermudahkan urusan serta diberi kesihatan dan keselamatan sepanjang tempoh tersebut. Amin



Sumber: Satu Water





No comments