EDITOR

DARI MEJA EDITOR


Assalamualaikum w.b.t. & Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya, serta berkat kekasihNya Nabi Muhammad S.A.W., berkat penulis serta karamah dan hikmah penduduk, maka blog telokpasu.blogspot.com buat julung-julung kalinya diterbitkan secara 'online'. Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan rasa terima kasih kepada Penduduk Kampung Telok Pasu kerana telah memberi kepercayaan kepada Editorial 
telokpasu.blogspot.com untuk menerbitkan blog ini.

Blog ini adalah kesinambungan daripada idea semua jemaah Surau Haji Hashim dan penduduk sekitarnya. Blog ini diterbitkan untuk menjadikan/membentuk masyarakat kampung ke arah membudayakan persekitaran ICT di Kampung Telok Pasu itu sendiri.

Pelbagai maklumat berkaitan aktiviti dan maklumat penduduk kampung akan turut dimuatkan. Objektif utama blog ini ialah untuk menyalurkan informasi, berita, aktiviti dan laporan setiap bulan mengenai peristiwa-peristiwa dan aktiviti penduduk secara 'online' melalui akses internet 
kepada penduduk Kg Telok Pasu serta untuk semua pengunjung yang mengunjungi blog ini. 

Jesteru itu, 'Dari Meja Editor' amat-amat memerlukan sokongan daripada seluruh penduduk Kg Telok Pasu untuk menyediakan/menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti/program yang akan berlaku mahupun yg telah berlaku demi untuk kemudahan/kepentingan kita bersama.

Wassalam.

Berkhidmat Untuk Bangsa, Negara & Agama.

No comments